Mengenai Kami

PENGENALAN

Assra Padu Sdn Bhd (884484-D) adalah merupakan syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia di bawah akta pertubuhan perniagaan 1956 (pindaan 2001).

Kami adalah syarikat kontraktor perumahan "Kediaman Impian" yang berpengkalan di Kota Bharu, Kelantan. Secara rasmi Assra Padu Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 2009 namun aktiviti syarikat telah bermula sejak dari awal tahun 2000 lagi.

Diterajui oleh rangkaian tenaga mahir dan profesional serta didokong oleh barisan tenaga kerja serta tukang-tukang yang berpengalaman dalam bidang hartanah dan pembinaan kami komited untuk memberi khidmat terbaik yang mengutamakan kepuasan pelanggan kami.

PERKHIDMATAN

Khidmat kami merangkumi dari :
  • REKABENTUK : Pelanggan bebas menentukan rekabentuk sendiri atau memilih rekabentuk dari koleksi kami. 
  • KELULUSAN      :   Kami akan menguruskan proses untuk mendapatkan kelulusan pelan dari Pihak Berkuasa Tempatan.
  • PEMBIAYAAN    :  Segala urusan berkaitan dengan pinjaman akan diuruskan oleh pihak kami.
  • GUAMAN            : Pelanggan bebas memilih samada menggunakan khidmat panel guaman kami atau mana-mana khidmat guaman.

MOTO

Profesional dan Amanah


VISI

Menjadikan syarikat berdaya maju yang sentiasa mengutamakan kehendak dan kepuasan pelanggan

MISI

Memastikan kerja-kerja pembinaan menepati spesifikasi yang ditetapkan.
Berusaha memastikan perlaksanaan kerja disiapkan dalam tempoh masa.
Kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami.